Bengkel |
MIV Bersama Komuniti |
Tarikh |
08 Oktober 2022 |
Masa |
08.00 am - 06.00 pm |
Peserta |
Komuniti |
Lokasi |
Symphony Suites Hotel |
Tujuan
MIV Komuniti adalah program sukarelawan ICT yang menumpukan kepada peningkatan literasi digital di kalangan komuniti untuk memaksimumkan faedah ICT untuk diri mereka dan komuniti serta menggalakkan perniagaan tempatan secara lebih ketara menerusi penggunaan media sosial.
Melalui program MIV, para sukarelawan berpeluang berinteraksi dengan komuniti setempat bagi membimbing penggunaan ICT yang lebih positif supaya dapat membendung masalah penyalahgunaan kemudahan teknologi seperti mengaibkan orang lain di laman sosial Facebook ataupun penyebaran berita palsu di aplikasi WhatsApp.
Antara khidmat lain yang diberikan oleh sukarelawan MIV adalah melaksanakan strategi pemasaran dalam talian bagi membantu pengusaha tempatan memasarkan produk, mendidik pengunaan ICT secara berhemah, dan memupuk kesedaran masyarakat terhadap mesej-mesej advokasi MCMC.