TRADISIONAL PRODUK SEPERTI JAMU, MINYAK URUT, BAM BERASASKAN SERAI WANGI DAN REMPAH RATUS TRADISIONAL.AMYA ENTERPRISE mempromosikan produk-produk herba asli dan bam tarik angin.Dapatkan pelbagai produk berasaskn serai wangi di AMYA ENTERPRISE yang terletak di Jalan Batu Gajah di Taman Herba pengkalan baru kg kepayang.Sesiapa yang berminat boleh hubungi  dan whatsapp di no 0147561850 (Pn.Rohaya)

 

Rohani Madzlan dan suaminya, Mat Isa Tasit bersama produk kerepek yang dihasilkan mereka di Kampung Tualang Tujuh Kampong Kepayang, Simpang Pulai, Perak 

IPOH 22 October - ''Kakak mula berniaga dengan modal RM50 sahaja pada 1998. Kini perniagaan makanan ringan yang kakak usahakan makin maju dan memberi pendapatan bersih RM3,000 sebulan."Begitulah kata-kata pembuka bicara, Rohani Madzlan, 52, ketika ditanya bagaimana dia memulakan perniagaan makanan ringan di Kampung Tualang 7, Kampung Kepayang, Simpang Pulai dekat sini.

Menurutnya, perniagaan tersebut dimulakan secara kecil-kecilan kerana menyedari pendapatan RM15 sehari sebagai pekerja kilang tidak mencukupi pada zaman yang makin mencabar sekarang.Apatah lagi katanya, dia terpaksa menanggung kehidupan 15 orang adiknya yang masih kecil, lima orang anak dan menjaga ibunya yang telah lanjut usia.''Masa mula-mula berniaga dulu, kakak guna modal RM50 jual kerepek pisang masin ke sekolah-sekolah dan kedai-kedai runcit di kampung berhampiran.''Kakak goreng kerepek di bawah pokok manggis berhampiran rumah dan memotong pisang dengan tangan setiap hari.

Katanya, pada masa itu, kerepek pisangnya juga sudah dipelbagaikan dengan perisa manis dan pedas yang mendapat sambutan menggalakkan di pasaran.Jelasnya, pada tahun 2006, kesungguhannya berniaga kerepek pisang telah mendapat perhatian pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang memberikan bantuan mesin pemotong pisang, kuali dan penapis minyak.''Selama lapan tahun kakak memotong pisang dengan tangan untuk buat kerepek, selepas dapat bantuan Kemas itu kakak amat bersyukur kerana kerja jadi bertambah mudah.''Selepas itu, Jabatan Pertanian Perak pula tampil dan menghulurkan bantuan menyediakan bengkel ini yang lengkap dengan peralatan menghasilkan kerepek.

''Kemudian, pada tahun lepas, pihak Peladang Negeri Perak membekalkan bantuan plastik bungkusan, mesin dodol dan rak simpanan bagi memajukan lagi perniagaan kakak," katanya.Hasil bantuan yang diterimanya itu, syarikatnya kini sudah mampu mengeluarkan 13 jenis makanan ringan seperti kerepek ubi, kuih bahulu, kuih bakar, kuih tiram, kuih buah rotan, agar-agar kering, dodol, kek, jejari udang, maruku, kuih sepit dan kuih loyang.''Buat masa ini, boleh dikatakan pasaran produk kakak sudah berada di separuh negeri Perak. Selain itu sudah ada pemborong tetap dari Kelantan, Kedah dan Kuala Lumpur.

 Katanya lagi, orang ramai yang ingin membuat tempahan makanan ringan itu boleh boleh terus menghubungi talian 012-5983871 atau 019-4046828.

 

71.kampung sindu,31300 kampung kepayang,perak 31300 ipoh PR
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
012-5093459

Didaftarkan pada 2013.menjalankan perniagaan berasaskan makanan berbentuk kuih tradisional,serta pastry dan kek.Inilah caranya saya nak cari duit saku lebih. Satu kuali besar berada didepan saya, satu kerusi dan 2 batang ranting. Saya akan duduk didepan kuali tersebut dan goreng kuih nie sampai bertin2 ikut tempahan. Masa tu tak terasa pulak panas dapur tersebut tapi sekarang nak siapkan doh yang sikit nie pun dah berpeluh sakan.Inilah resepi yang saya buat. Sebenarnya bahan kuih nie simple saja cuma 'teknik' yang penting. Saya pernah bancuh tepung dengan sedikit garam dan air saja tanpa bubuh bahan tambahan lain, ia tetap menjadi. Jika anda lihat orang buat jadi cantik..itu sebab mereka dah mahir dan selalu buat. Anda pun boleh kalau selalu mencuba...jangan kecewa kalau percubaan pertama kurang menjadi.