Bengkel |
Hari Bersama Komuniti |
Tarikh |
09 Oktober 2022 |
Masa |
08.00 am - 02.00 pm |
Peserta |
Komuniti |
Lokasi |
PEDi Kg Dato Ahmad Said Tambahan 2 |
Tujuan
Hari Bersama Komuniti, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) telah diadakan pada 09 Oktober 2022 di Kg Dato Ahmad Said Tambahan 2.
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) sebelum ini telah mengaktifkan sebanyak 600 PEDi di seluruh negara sebagai One Stop Centre (OSC). Program ini membantu usahawan mikro tempatan mengadaptasi teknologi digital dan memperkasa perniagaan mereka melalui inisiatif Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK).
Antara peranan PEDi adalah sebagai Pusat Sehenti dalam menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar. Ia dapat memberi manfaat yang besar kepada komuniti setempat dan dapat memudahkan segala urusan harian dengan pantas dan menjimatkan kos serta masa.