Bengkel  

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi (PEDi)

Tarikh

14 Oktober 2022

Masa

03.00 pm - 06.00 pm

Peserta

Calon-Calon Pengerusi

Lokasi

Hotel Casurina Ipoh  


Tujuan

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi (PEDi) & Taklimat Telekomunikasi Bersama Pelanggan Peringkat Negeri Perak di Ipoh.

Sejajar dengan usaha Kerajaan bagi meningkatkan pembangunan kemahiran masyarakat setempat mengenai penggunaan Internet dan bagi mempelopori peluang perniagaan melalui platform e-dagang, Pengerusi PEDi di setiap peringkat negeri telah diwujudkan oleh pihak Kerajaan.

Pelantikan Pengerusi PEDi ini dijangka dapat membantu golongan usahawan di Perak yang memerlukan sokongan dan bantuan dalam gerak kerja mereka, selain turut bekerjasama dengan ahli-ahli penyelaras PEDi bagi mewujudkan kolaborasi dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kumpulan sukarelawan, persatuan dan pertubuhan dalam pelaksanaan aktiviti dan program di PEDi.

Watikah pelantikan telah disampaikan oleh EXCO Komunikasi Dan Multimedia Negeri Perak, YB Khairul Shahril Bin Mohamed, manakala Taklimat Telekomunikasi Bersama Pengguna telah disampaikan oleh Pengarah (Kawal Selia) MCMC Negeri Perak, Puan Hanita Izam

 

Gambar Disini