Bengkel |
Program Kedai Begerak Negeri Perak DUN Teja |
Tarikh |
17 April 2023 |
Masa |
09.00 am - 03.30 pm |
Peserta |
Komuniti Setempat |
Lokasi |
Pusat Ekonomi Digital Kg Pengkalan Baru |
Tujuan
Program Kedai Begerak Negeri Perak DUN Teja bagi bulan April telah selesai minggu lepas. Kali ini ianya telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital(PEDi), Kg Pengkalan Baru, Kg Kepayang.
Ahli Parlimen Gopeng Sdr Tan Kar Hing sempat hadir untuk meninjau suasana program di samping bertegur sapa dengan penduduk tempatan. Pelbagai barang keperluan seharian ditawarkan pada harga diskaun 15% dan pakej Ramadan serta Aidilfitri turut disediakan dan mendapat sambutan yang baik!
Menurut laporan daripada Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan, seramai 70 orang pengunjung telah hadir dan membeli-belah dalam program tersebut. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini yang kami selaku wakil rakyat laksanakan dengan tujuan meringankan beban kos sara hidup rakyat.