Bengkel |
Microsoft Word - Cipta Resume |
Tarikh |
24.02.2024 |
Masa |
10.00 am - 12.30 pm |
Peserta |
Komuniti |
Lokasi |
Pusat Ekonomi Digital Kg Pengkalan Baru |
Tujuan
Secara peribadi, resume yang disesuaikan adalah lebih menarik dan menunjukkan anda sebagai seorang individu yang teliti dalam membuat kerja dan meneliti iklan kerja tersebut.
Secara ringkasnya Microsoft Word memiliki beberapa ciri yang membuatkan ia sesuai sebagai medium untuk menyediakan dokumen resume ini. Antaranya adalah;Dimiliki kebanyakan komputer, mudah diakses dan dikemaskini
Boleh menukar format .doc kepada .pdf (kemas dan data sukar disalahguna)
‘Table’ atau jadual yang garisannya boleh disembunyikan supaya susunan ayat didalam setiap baris jadual tersebut kelihatan kemasTulisan tebal (bold) sebagai tajuk seperti Pengalaman atau Pendidikan
Poin bernombor (numbered list) atau tanpa nombor (bullet list) sebagai turutan isi
Kebanyakan syarikat menerima berpuluh malah beratus-ratus resume melalui laman sesawang, mel elektronik dan juga melalui surat.Oleh itu, amat penting memiliki resume yang ringkas, maklumat jelas dan menarik di mata majikan.