Bengkel |
Microsoft Word 2010 |
Tarikh |
20 Oktober 2019 |
Masa |
10.00 am - 12.00 pm |
Peserta |
Pelajar Sekolah Rendah |
Lokasi |
Pusat Internet Kg Pengkalan Baru |
Tujuan
Pusat Internet Kg Pengkalan Baru menjalankan aktiviti Information And Communications Technology (ICT)
Aktiviti
Microsoft Office kami termasuk pelbagai kursus yang direka untuk mengajar individu di semua peringkat tentang kemahiran menggunakan Microsoft Office ,individu boleh meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka untuk semua program Office 2010 yang terkini. Ini adalah sangat berfaedah untuk individu yang berharap untuk meningkatkan nilai di tempat kerja dan untuk syarikat-syarikat yang berminat untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan pekerja.Dalam pembelajaran ini, peserta akan belajar tentang teknik-teknik asas, bekerja fungsi aliran kerja, fungsi automasi dan banyak lagi. Fungsi Microsoft Office adalah sangat berguna dalam automasi-proses tanpa berulang. Sebagai contoh, untuk mencetak suatu perakuan yang dengan template yang sama untuk ramai peserta atau menjana laporan. Kursus ini adalah sangat berguna untuk kerajaan, korporat, swasta dan peribadi.
Bengkel |
Microsoft PowerPoint |
Tarikh |
19 Oktober 2019 |
Masa |
10.00 am - 12.00 pm |
Peserta |
Pelajar Sekolah Rendah |
Lokasi |
Pusat Internet Kg Pengkalan Baru |
Tujuan
Pusat Internet Kg Pengkalan Baru menjalankan aktiviti Information And Communications Technology (ICT)
Aktiviti
Microsoft PowerPoint adalah aplikasi tersedia yang digunakan untuk membuat pembentangan profesional bagi penyampaian mesej yang berkesan. Dalam Pembelajaran kali ini mengajar fungsi penyuntingan teks lanjutan, bagaimana membuat grafik, media, animasi serta cara menyesuaikan reka bentuk template dan tayangan slaid.
Bengkel |
Animasi Powtoon |
Tarikh |
12 Oktober 2019 |
Masa |
10.00 am - 12.00 pm |
Peserta |
Pelajar Sekolah Rendah |
Lokasi |
Pusat Internet Kg Pengkalan Baru |
Tujuan
Pusat Internet Kg Pengkalan Baru menjalankan aktiviti Information and communications technology (ICT)
Aktiviti
Klip animasi memberi kesan yang mendalam kepada impak pembelajaran. Ianya dapat memaparkan imej serta pergerakan untuk menerangkan sesuatu konsep atau sesuatu maksud. Ia juga menjadikan pembelajaran suatu yang menghiburkan dan diingati.Powtoon merupakan satu aplikasi persembahan bersasaskan web yang membenarkan anda membina animasi menerusinya. Powtoon merupakan cara baru membina persembahan slaid yang sebelum ini didominasi oleh Powerpoint dan Prezi.Untuk pendaftaran baru, jika anda mempunyai akaun Facebook atau Google ianya amat mudah. Anda boleh menggunakan akaun ini untuk diintergrasikan terus dengan Powtoon. Antaramuka yang dipaparkan dalam Powtoon Studio begitu mudah dan mesra.
Bengkel |
Taklimat Kesedaran Jenayah Siber dalam Kalangan Remaja |
Tarikh |
18 Oktober 2019 |
Masa |
10.00 am - 12.00 pm |
Peserta |
Pelajar Tingkatan 3 SMK Dato Hj Mohd Taib |
Lokasi |
SMK Dato Hj Mohd Taib, Chemor |
Tujuan
Pusat Internet Kg Pengkalan Baru menjalankan aktiviti Klik Dengan Bijak (KDB)
Aktiviti
Jenayah siber semakin berkembang seiring dengan perkembangan pesat teknologi komputer dan internet. Penggunaan komputer dan internet dalam kehidupan seharian kita menjadi semakin penting. Hal ini menyebabkan timbulnya pelbagai masalah kes jenayah yang berkaitan dengan dunia siber. SKMM telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan program Klik Dengan Bijak (KDB) bagi memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kawal selia kendiri dalam membendung masalah jenayah siber. Oleh itu, taklimat Klik Dengan Bijak telah diadakan di SMK Dato Hj Mohd Taib, Chemor . Taklimat pada kali ni melibatkan 200 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar Tingkatan 3 SMK Dato Hj Mohd Taib.
Bengkel |
Kuiz Kahoot |
Tarikh |
15 September 2019 |
Masa |
10.00 am - 12.00 pm |
Peserta |
Pelajar Sekolah Rendah |
Lokasi |
Pusat Internet Kg Pengkalan Baru |
Tujuan
Pusat Internet Kg Pengkalan Baru menjalankan aktiviti Information and communications technology (ICT)
Aktiviti
Aplikasi online bagi kuiz yang sangat interaktif dan menarik. Sangat membantu sesi pembelajaran supaya lebih fresh dan paling penting, klien kita, iaitu murid-murid pasti akan sangat suka.Murid dapat peluang menguruskan sendiri jawapan mereka di pc/smartphone/tablet masing-masing. Bila murid sendiri yang dapat tekan, dapat terlibat dengan aktif, maka mereka akan lebih tertarik.. Ada sistem ranking. Setiap kali selepas soalan dijawab, akan keluar satu ranking, 5 pelajar dengan markah paling besar. Top 5 lah kiranya. Pelajar yang menjawab paling cepat dan paling tepat daripada pilihan jawapan, akan berada di ranking paling atas. Dah tentu lah, mereka akan berlumba-lumba untuk menjawab dengan paling betul, dan paling cepat.