Kampung Pengkalan Baru telah dibuka pada tahun 1800an oleh Toh Sedewa Domba di atas tanah miliknya bersebelahan jalan ke Batu Gajah. Pengkalan Baru ditubuhkan untuk menempatkan penduduk-penduduk kampung sekitar Sungai Raia yang telah dipugar untuk aktiviti melombong bijih timah. Beliau yang kaya kerana bertanggungjawab membangunkan perlombongan bijih timah di daerah Sungai Raia telah membuat kediaman besarnya di sebuah tempat yang kini dikenali sebagai Kampung Kepayang (Gosttown) berdekatan Sungai Raia. Bijih timah yang dilombong di sini akan dibawa melalui Sungai Raia ke Batu Gajah. Kediaman ini berkembang menjadi pekan yang sibuk kerana terletak di antara dua pekan besar ketika itu iaitu Pekan Ipoh dan Pekan Gopeng. Pekan yang lengkap dengan kedai, pasar, sekolah dan masjid yang mana masih ada sehingga sekarang. Sayangnya Toh Sedewa Domba ni tidak membina pekan menggunakan namanya.
“Pengkalan Baru suatu ketika dahulu pernah di jadikan pengkalan persinggahan bot dan sampan-sampan luar yang merupakan pengangkutan utama ketika itu untuk mendapatkan barangan seperti beras, sayur dan sebagainya sebelum wujudnya jalanraya seperti hari ini, disebabkan itu ia mula mendapat gelaran sebagai “pengkalan” oleh orang luar yang datang singgah mendapatkan barangan tersebut”
Sumber : Ketua Kampung Kg Pengkalan Baru : En. Mustafa Idris